Friday, September 16, 2016

Apa yang ada pada suhu bilik?

Suhu bilik yang selesa adalah antara 19C hingga 26C untuk kelembapan 30% -70%.
Tetapi mengikut kajian beberapa penyelidik di Malaysia, suhu bilik tanpa penghawa dingin yang selesa yang direkod adalah antara 27C - 35C,(Djamila, 2014). Tetapi Djamila (2014) menetapkan bahawa kelembapan yang sesuai untuk negara seperti Malaysia adalah antara 60% - 70% bagi bangunan komersial ini kerana kadar kelembapan yang tinggi di Malaysia adalah bersesuaian dengan kadar kelembapan ini. Suhu bilik yang neutral atau diterima oleh semua di rumah adalah 30.2C.

Kesan kelembapan dalam bilik berpaut terus kepada suhu melebihi 27C menurut standard antarabangsa Penghawa Dingin Amerika (ASHRAE, 2010) Lebih tinggi suhu , lebih tinggi kesan keselesaan kepada kelambapan bilik. Oleh itu, di Malaysia, kesesuaian mengawal kelambapan bilik adalah dengan :

1. Mengurangkan penggunaan karpet, kerana karpet akan menyerap air dalam udara lalu meningkatkan kelembapan bilik.

2. Elakkan meletakkan terlalu banyak tumbuhan berpasu didalam rumah. Ini membolehkan air siraman bertakung lama dan terserap ke udara secara tak langsung meningkatkan kelembapan suhu bilik. Lalu kita akan lebih memerlukan udara yang positif di dalam bilik dengan penggunaan kipas siling atau berdiri.

3. Elakkan menggunakan kipas yang ada air kerana ia akan meningkatkan kelembapan udara lalu kulit kita akan mudah rasa tidak selesa (melekit) dengan suhu yang sama.

4. Penggunaan 'deHumidifier' adalah juga sesuai di kawasan ruang  yang kecil seperti bilik tidur, bilik mainan dan bilik baju.

5. Elakkan dari menggantungkan baju/kain yang basah di dalam ruang bilik kerana ini juga meningkatkan udara lembap.

6. Buka tingkap untuk mengeluarkan kelembapan udara bilik.

7. Mengubah suhu luar ke udara sejuk ke dalam bilik dengan menggunakan teknik burnelli. Gunakan botol-botol plastik seperti yang dilakukan di india. (http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3635710/How-cool-apartment-free-Electricity-free-DIY-aircon-uses-old-plastic-bottles-used-used-25-000-Indian-homes.html)