Asalamualaikum, sekali lagi saya di sini bersyukur kepada ilahi kerana limpah inayahNYA saya masih berada di sini dengan sihat dan telahpun dikurniakan seorang anak lelaki. InsyaAllah, cerdik lagi bijak sana namanya dlm arabic word.
Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan tariff elektrik yang berkuat kuasa pada tahun 2014. Ini disebabkan oleh kenaikan harga barang bakar mentah diseluruh dunia. Kerajaan Malaysia telah menandatangani memorendum teknologi hijau dan pengurangan pembebasan pembakaran gas karbon dioksida yang menjadi salah satu punca pencemaran dan kenaikan suhu di Malaysia. Dato Seri Najib Tun Razak telah menandatangani memorendum tersebut di Denmark pada 2010 yang dinamakan Copenhagen Memorendum. Oleh itu, kerajaan kini secara tak langsung telah memulakan inisiatif untuk pengurangan bahan bakar ini. Perkara ini telahpun dikuat kuasakan kepada sektor industri minyak lagi pada tahun 2011 apabila syarikat carigali minyak PETRONAS serta rakannya di Malaysia sudah mula menaik tarafkan effisyensi pembakaran gas bagi mengelakkan pembakaran yang tidak lengkap. Pelantar minyak secara khususnya perlu menjaga pembakaran bahan api tersebut. Selain itu pencemaran tumpahan minyak juga sudah lama dipantau oleh maritim dan pengeluar carigali minyak di Malaysia.
Bermulalah episod baru di sektor perumahan dan awam setelah Tenaga Nasional Berhad dan Kementerian Tenaga telah mengumumkan kenaikan tariff elektrik yang baru pada hujung tahun 2013 yang berkuatkuasa pada tahun 2014. KETTHA juga telah mula memberi insentif kepada orang awam atau syarikat sendirian berhad untuk memberi bantuan tenaga elektrik dengan pemasangan teknologi hijau seperti panel solar dan "mini Hydro" yang boleh "feed in to tariff". Oleh itu secara tak langsungnya, orang awam dapat menjana pendapatan dengan skim "feed in tariff" ini. Pulangan modal panel solar di Malaysia adalah di antara 5 hingga 7 tahun dengan harga panel solar semasa.
Berbalik pada tajuk asal topik ini, di Malaysia suhu dalam rumah boleh mencecah 30-45 darjah selsius jika tidak mempunyai ruang pengudaraan yang baik serta tekanan udara yang negatif. Ramai antara kita yang menggunakan "air-cond" serta kipas siling untuk menyejukkan suhu didalam rumah. Tetapi penggunaan "air-cond" akan menyebabkan perlepasan gas karbon dioksida serta penggunaan elektrik yang tinggi. tipsnya: gunakan kipas angin (jenis siling).
1. Udara Lembap
Ramai diantara kita di Malaysia tidak sedar bahawa kelembapan suhu adalah salah satu penyebab ketidak selesa penghuni rumah jika rumah bersuhu antara 30-45 darjah selsius. Kelembapan suhu hendaklah kurang daripada 71% iaitu antara 30-70% untuk memberikan keselesaan kepada penghuni. Kelembapan boleh dibantu dengan penggunaan "air-cond" tetapi untuk mengelakkan perlepasan pencemaran serta mengurangkan tenaga elektrik, lebih baik kita membuka tingkap serta memasang kipas siling. Kurangkan membasuh baju atau pinggan mangkuk pada siang hari untuk mengurangkan kelembapan suhu didalam rumah. Pasang kipas ekzos di dapur dan bilik air bagi membolehkan udara lembap keluar.
2. Tekanan Udara dan kelajuan angin
Selain itu tekanan udara juga boleh mengakibatkan angin di dalam rumah keluar pada malam hari dan masuk pada siang hari. Ada beberapa kawasan yang memerlukan kedapan udara yang baik serta ada yang memerlukan kedapan udara yang ringan untuk ruang pengudaraan. Angin didalam rumah juga membantu menyejukkan suhu penghuni. Dengan bantuan kipas siling, pengurangan suhu boleh turun diantara 5-7 darjah selsius dengan kelembapan 50% kebawah. Ada sesetengah kipas angin berdiri juga yang baik serta mampu menandingi kipas siling. Elakkan menggunakan kipas angin yang mengeluarkan air didalam rumah seperti yang ada di kedai makan. Ini juga mengakibatkan kenaikan tekanan dan kelembapan udara. Kipas tersebut hanya sesuai untuk diluar kawasan rumah sahaja.
Penggunaan sistem pengudaraan di atas siling juga adalah amat baik bagi menaikkan tekanan udara didalam rumah pada siang hari. Pemasangan laluan udara di atas siling bagi rumah lebih dari setingkat adalah di tingkat atas sekali.
3. Pemasangan batu kelikir atau dinding yang tidak rata
Batu kelikir dan dinding yang berbatu tidak rata ini adalah amat menarik jika dipandang dari sudut seninya. Tetapi elakkan memasangnya di barat dan selatan dinding rumah. Ini boleh mengakibatkan haba panas terperap didalam rumah setelah matahari terbenam lalu mengakibatkan suhu yang tinggi pada malamnya.
4. Susunan barangan elektrik
Barangan elektrik adalah antara punca haba yang dihasilkan didalam rumah. Oleh itu elakkan meletakkan barangan elektrik seperti pemanas air, TV dan lampu berdekatan dengan "air-cond" jika anda ingin menggunakan "air-cond". Ini akan mengakibatkan termostat suhu "air-cond" lebih panas serta kawalan automatik akan bertindak kuat kepada kompressor "air-cond" lalu menaikkan bil elektrik serta pengurangan efisnyensi "air-cond".
5. Insulasi
Jika atap atau ruang atas rumah anda belum mempunyai insulasi, dapatkan dengan segera. Ia dapat membantu mengurangkan kenaikkan suhu di dalam rumah. Pastikan cermin tingkap rumah di "tinted" dengan lapisan filem untuk mengurangkan radiasi UV sinaran matahari yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam rumah.
Pastikan laluan kabel ditutup rapi untuk mengelakkan udara panas masuk atau udara sejuk keluar rumah. Insulasi dinding juga adalah amat baik selain dapat memberikan kedapan bunyi yang lebih. Ini boleh dilakukan dengan penambahan satu lapisan bata atau kayu playwood sahaja.
Warna dinding rumah hendaklah cerah supaya dapat memantulkan cahaya dan haba dengan baik. Penggunaan kertas dinding secara sedikit dapat membantu mengurangkan kenaikan suhu di dalam rumah.
6. Lampu
Jika mampu, gunakan lampu LED atau halogen kerana haba yang dibebaskan adalah amat kurang berbanding lampu kalimantang serta lampu filamen. lampu ini juga menggunakan tenaga elektrik yang kurang tetapi dapat memberikan kecerahan cahaya (lux) yang tinggi.
7. Habit
Habit atau sifat semulajadi seseorang yang berjimat juga dapat membantu dalam menyesuaikan diri untuk berasa selesa jika ingin menggunakan "air-cond". Penggunaan setting suhu yang lebih tinggi iaitu 20 atau 21 darjah selsuis dapat membantu "life-time" serta penjimatan tenaga elektrik "air-cond". Penggunaan masa tutupan automatik juga adalah amat membantu dalam keselesaan serta tenaga elektrik anda.
8. Tumbuhan
Penanaman pokok juga dapat membantu menyejukkan lagi suhu didalam rumah, tetapi, ingat, hanya kawasan yang lembap sahaja sesuai dengan tumbuhan bagi mengelakkan ketidaksuburan pokok serta kenaikkan kelembapan yang boleh mengakibatkan ketidak selesaan penghuni. Contoh yang baik: tanam pokok di kawasan yang mempunyai ruang udara terbuka atau di dalam bilik air dan dapur yang terbuka tingkapnya serta mempunyai ekzos tekanan udara negatif .
9. Pemilihan bahan buatan lantai dan dinding
Lantai marmar adalah amat bagus untuk mengekalkan suhu rumah dengan lebih rendah berbanding bahan lantai yang lain. Bahan seramik juga ang mempunyai gred A mampu menandingi lantai marmar.
Wednesday, May 28, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)