Salam, Setelah sekian lama menghilang blog saya ini. Selepas alam perkahwinan, blog ini terhenti sekejap. Bisnes 2009 kurang menjadi dengan projek kontrak yang terbengkalai akibat masalah dalaman customer. Permintaan telah dihentikan gara2 kontrak telah ditamatkan tanpa notis.
Tahun 2010 telah masuk ke pertengahan serta suku ke tiganya, bisnes yang sesuai dilakukan kini adalah menjual pasir seperti yang berlaku sekian lama di Selangor, Pahang dan Johor. Tetapi bisnes begini, bukan mudah untuk dipecahkan. Kerana golongan kroni yang kuat oleh pakatan parti politik yang memegang saham bisnes ini.
Dengan penjualan kain juga kita mampu mendapatkan hasil sebanyak RM1000~RM2500 keuntungan sebulan. Ini jika dilakukan berseorangan secara part time. Zalins collection telah membuka lembaran baru dalam penjualan tudung serta kain ela daripada Bandung Indonesia.
Blogspotnya akan ke layar internet dalam minggu ini. Pembelian secara online serta penghantaran terus ke rumah boleh dibuat.
untuk mereka yang sibuk bekerja, cuba fikirkan, bagaimanakah kita ingin mengikuti sunnah Rasullullah 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Pada pandangan sya, rezeki pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu rezeki kebahagiaan keluarga, harta serta agama. Kita akan mudah untuk menunaikan ibadah jika mengelola bisnes sendiri kerana masa mudah kita mengawalnya. Kita mudah untuk menjaga anak2 serta isteri jika membuat bines/perniagaan sendiri kerana mudah untuk memberi perhatian kepada mereka jika mereka memerlukan perhatian pada masa susah dan sakit. Rezeki dalam harta memang tidak dapat kita nafikan kerana perniagaan yang kecil pun sudah memberi keuntungan walaupun kecil.
Cuba anda fikir, anda bekerja siang dan malam mencari rezeki untuk anda dan bos anda. Anda hanya mampu mendapat gaji yang basic + overtime (RM2000- RM5000) sebulan. Anda masih lagi kurang dapat memberikan perhatian kepada anak2 serta isteri. Cuba anda fikirkan?.. Anda bekerja sendiri, tetapi anda hanya mampu mendapat keuntungan RM2000-3000 sebulan pada 6 bulan pertama. Tetapi anda akan berpuas hati kerana anda boleh menentukan masa rehat anda dan meluangkan masa kritikal anak2 dan isteri bersama. Masa kritikal adalah masa susah dan senang yang anda dapat kongsi serta berikan perhatian kepada mereka.
Ada idea lagi tentang keluar daripada kotak (think out of the box) untuk perniagaan?
sila balas / beri pendapat anda.. disini..
Saturday, July 31, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)