Adakah anda masih ditakuk lama?. maksud saya, masih bekerja, bergaji dan mempunyai bisnes yang sihat?. Syukur, Alhamdulillah jika anda masih lagi berada di zon selesa. Pada suku pertama tahun 2009 ini, Malaysia sudah mula menghadapi masalah ekonomi akibat daripada pelabur-pelabur luar negara yang menarik diri dan membeku operasi syarikat mereka. Ini kerana, syarikat-syarikat gergasi di eropah dan asia timur sudah mula menghadapi masalah tanggungan hutang yang banyak.
Oleh itu, mereka sudah mula menutup operasi di luar negara, bahkan operasi di dalam negara sendiri. Di Malaysia sahaja, ratu ribuan pekerja akan dijangka kehilangan pekerjaan mereka, lebih lagi di sektor perkilangan. Beberapa contoh syarikat yang menghadapi masalah ini adalah seperti, Panasonic Malaysia yang sudah menutup kilang mereka di Petaling Jaya sejak awal tahun 2008 lagi. Kilang Flextronics di Shah Alam pula akan menutup operasi mereka di suku ke-2 tahun 2009. Kilang jepun dan kenderaan ternama di Melaka pula akan membeku operasi mereka selama beberapa bulan. Kilang Texas instrument dijangkan akan membeku operasi mereka sementara. Kilang komputer Dell di Pulau Pinang akan membuang 40% pekerja mereka.
Bukan shaja sektor pembuatan elektrik dan elktronic sahaja yang merasa kemelut ekonomi semasa ini, bahkan sektor industri minyak juga sudah mula mengurangkan operasi mereka, kerana stok minyak dan kimia yang banyak di gudang. Oleh itu rangkaian kerja kepada syarikat bukan 'GLC' akan turut terlibat kekurangan kerja daripada operator minyak.
Oleh itu kita kena elakkan dari berhenti kerja, kecuali anda mendapat tawaran yang lebih baik dan selamat untuk jangka masa yang lama.
Sunday, March 22, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)