Thursday, January 15, 2009

Kemerosotan Ekonomi Negara, Malaysia tahun 2009

Keadaan Ekonomi negara kini masih lagi selamat berikutan harga minyak yg turun pada akhir suku keempat tahun lepas. Tetapi harga minyak kini masih lagi boleh diturunkan. Kesan kenaikan harga minyak yg melampau pada pertengahan tahun lepas telah menyebabkan harga makanan di kedai makan masih tinggi berbanding purata kekuatan belian (buying power).

Industri minyak sudah tampak memberi kesan kepada negara berikutan kejatuhan ekonomi Amerika dan Eropah pada suku tahun keempat tahun lepas, 2008.

Banyak kilang penapisan minyak dan pembuatan bahan kimia di Malaysia sudah mengurangkan operasi dari segi masa bekerja. Penjualan bahan minyak dan kimia menjadi perlahan berikutan permintaan yang kurang di pasaran Amerika dan Eropah.

Berikutan itu, syarikat-syarikat ini terpaksa menjual produk mereka dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran untuk meneruskan produksi kilang.

Dalam industri perkilangan pembuatan elektronik serta bahan mentah besi dan kayu pula terpaksa mengurangkan tenaga pekerja serta mencari tenaga pekerja yang jauh lebih murah. Oleh itu terdapat syarikat perkilangan pembuatan elektronik di Malaysia terpaksa membuang pekerja senior serta berpindah ke negara yang lebih murah seperti China dan Vietnam.
Contoh syarikat yang terlibat adalah, Panasonic, Omron dan Matshushita.

Mengikut statistik pada pertengahan tahun 2009, sesetengah syarikat akan mula membuang tenaga pekerjanya dengan membayar pampasan dan pada suku tahun terakhir 2009 pula kemungkinan 4% tenaga pekerja akan menganggur.

Adakah ini akan berlaku kepada diri kita.? Apakah persediaan kita untuk menghadapi kemelut Ekonomi ini? walaupun kemelut ekonomi ini tidak teruk seperti tahun 1997/98, tetapi ia masih memberi kesan kepada syarikat kita bekerja. Pastikan kita bersedia, elakkan daripada membazir dan mulakan penyimpanan.