Bisnes bahan mentah makanan sudah pun mula naik berikutan harga minyak yang naik semalam. Walaupun kerajaan menidakkan kenaikan harga bahan mentah makanan pada 2 hari yang lepas, tetapi satu pengumuman kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram sudah pun diumumkan. Kemungkinan harga minyak masak akan naik jika tidak dibendung. Disini ahli-ahli bisnes peruncitan dan restoran akan mengambil kesempatan dan alasan terhadap kenaikan harga minyak.
Walaupun harga minyak petrol dan diesel kita antara yang termurah di Asia Tenggara, tetapi adakah rakyat bersedia menghadapi kenaikan harga minyak yang begitu tinggi. Audit akan dibuat untuk mengambil kira kenaikan harga minyak ini tidak memotong kadar belian rakyat secara 50 peratus. Berikutan itu, harga beras telah diturunkan sedikit untuk mengurangkan beban rakyat. Adakah ia berbalio berikutan harga minyak yang naik akan menaikkan segala urusan bisnes makanan, logistik dan bahan mentah.
Hari ini Petronas sudah mengumumkan kerugian yang ditampungnya akibat kekurangan telaga yang besar seperti pada awal 90 an yang boleh menyumbang 100 juta tong sehari. Kini, Petronas kena bergantung mencari telaga-telaga yang kecil yang hanya dapat menyumbangkan tidak lbih 10 juta tong sehari. Kos pembinaan pelantar minyak semakin meningkat berikutan harga bahan mentah dan servis yang dikenakan pada masa ini. Kini, realitinya, Malaysia kekurangan telaga minyak yang besar. Oleh itu Petronas telah membuat projek pakatan bersama negara jiran di sempadan negara, yang mana memberi kelebihan kepada negara jiran yang akan mendapat konsesi lebih dari minyak yang digali. Oleh itu, rakyat tidak boleh bergantung kepada industri minyak dan gas sahaja untuk menjana ekonomi negara. Pelbagai industri perlu diperluaskan secara domestik dan luar negara. Kerajaan pula perlu bijak mengatur strategi untuk membina industri lain secara efisien. Bukan sekadar menumpang projek untuk mendapat laluan atas angin yang hanya menguntungkan sesetengah pihak secara mudah.
Semalam, jumlah kenderaan di LebuhrayaPersekutuan adalah kurang sedikit, manakala jumlah pengguna LRT dan Komuter bertambah berikutan penjimatan minyak dan kesan yang lain.
Adakah rakyat kita mampu untuk terus begini jika sistem pengangkutan awam dinegara ini masih lagi kurang efisien berbanding negara maju yang lain.
Kita ikuti perkembangan blog ini untuk kelebihan seterusnya.