Sunday, June 24, 2018

Bisnes Sampingan pasca PRU 14

Apakah yang telah mula rasai setelah GST diperkenalkan sejak 3 tahun lepas  sebanyak 6% dan diturunkan kembali ke 0%. Mestilah bercampur-campur kerana kuasa pembeli semakin kurang dan kuasa penentu harga amatlah degil walaupun dengan pelbagai akta diperkenalkan untuk mengawal harga barang.

Sejak daripada 0% GST deperkenalkan selepas PRU 14 oleh kerajaan Baru Malaysia, macam-macam harga dapat dilihat di pasaraya dan kedai runcit. Kuasa membeli kita masih ada tetapi ada yang harga dinaikkan seperti minuman dan makanan. Kedai makan di kawasan rumah saya telah naikkan harga air minuman sebanyak RM 0.20 setelah 0% GST diperkenalkan.

Manakala, beberapa kedai runcit menaikkan harga makanan sebanyak RM0.10 bagi coklat dan ais krim. Harga yang didapati turun adalah minuman tin iaitu sebanyak 5.6% daripada harga asal. Tetapi, harga makanan di kedai restoran masih lagi kekal dan ada yang naik sedikit kerana peniaga ingin membuat keuntungan jangka masa panjang.

Oleh itu, ramai lagi seperti kita yang merasai bahawa gaji bulanan masih tidak mencukupi.

kita boleh cuba baca blog ini untuk lebih maklumat:

https://firdausazizi.my/cara-mula-bisnes-online-tanpa-modal/

Wednesday, December 20, 2017

Salah Satu Bisnes Akhirat

Bisnes akhirat yang terbaik adalah memberi sedekah dan menyantuni anak yatim.
InsyAllah bisnes ini akan menjadi bantuan serta pulangan kita ketika di padang mahshar nanti.

Apakah itu sedekah?

Iaitu memberi sesuatu kepada mereka yang memerlukan dari segi kewangan atau kelengkapan hidup tanda diketahui umum. Untuk diringkaskan lagi, tangan kanan yang memberi tidak perlu diketahui oleh tangan kiri adalah sebaik-baik sedekah. Sebaik-baik sedekah juga adalah kepada orang miskin dan anak yatim dan seringan-ringan sedekah itu adalah senyuman.

mengapakah orang Malaysia kita semakin kurang senyuman?, Ini kerana kesombongan dalam diri serta kesibukan diri yang menyebabkan senyuman itu menjadi mahal. Itulah kemiskinan yang terdapat di dalam seseorang.

Apakah itu anak yatim?

Anak yatim adalah anak yang belum baligh serta kematian bapa.

Bagi yang menjaga anak yatim di dalam rumah mereka, mereka akan dilindungi Allah serta ditempatkan antara mereka yang masuk syurga (hadith. Mereka (anak yatim) ini akan menjadi saksi di atas kebaikan yang dilakukan terhadap mereka). Di dalam kitabullah (AlQuran) juga ada menyebut dengan banyak sekali tentang berbuat baik terhadap anak yatim ini.

Katakanlah, “Apa saja harta benda (yang halal) yang kamu infakkan, maka berikanlah kepada ibu bapak, kaum kerabat dan anak-anak yatim.” (Al Baqarah,2:215)

“Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amat baik bagimu.” (Al Baqarah,2:220)


Selain itu, selain berbuat baik kepada orang tua, anak yatim serta bersedekah. Kita wajib juga perbanyakkan menimba serta menyebarkan ilmu yang baik tentang kebaikan dunia dan akhirat.
Kerana ilmu yang diguna pakai baik oleh seseorang pelajar itu akan turut menjadi pahala kepada gurunya.

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.” (Ibnu Majah)

Jadi,antara cara yang paling terbaik menyebarkan ilmu adalah kepada keluarga kita. Ilmu tentang solat serta akhlak adalah yang terbaik perlu disampaikan kepada ahli keluarga. Oleh itu, ini adalah salah satu bekalan yang perlu kita bawa ke hari akhirat.


Monday, December 12, 2016

Bekerja di luar negara

Hujan batu di negara orang, Hujan air di negara sendiri merupakan ungkapan peribahasa yang mungkin kena dengan pemilihan sesetengah pelajar Malaysia di Eropah dan Australia ingin menetap di luar negara.

Melalui pengalaman saya di luar negara melihat orang kita (Malaysia) berada bekerja di luar negara mempunyai gaya adaptasi yang baik kerana tanpa adaptasi yang baik tiada usaha untuk berada di luar negara dengan budaya dan pemakanan yang lain. Tetapi, mereka ini tetap membawa islam dalam diri serta mudah untuk solat di mana mereka berada. Kerana solat itu mudah boleh di mana-mana yang bersih.

Kerja di luar negara membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita dapat kerana sifat ini adalah yg dituntut supaya kita lebih besederhana dalam setiap perkara.

Bagi yang berminat untuk.mencuba bekerja dan menetap di luar negara, pastikan kemampuan untuk adaptasikan diri dengan makanan, cuaca, bahasa dan budaya. jangan lupa, tuntutlah ilmu dimana anda berada kerana ilmu itu luas dan tanpa ilmu kita pasti sesat. maksud saya disini adalah ilmu mengenali bahasa dan budaya negara luar yang didiami. ini memudahkan kita
memahami dan membawa diri untuk sosiologi dan ekonomi.

Dengan sedikit pengalaman bekerja sambilan sebagai pencuci bangunan di Australia dan England, saya dapat merasakan dua budaya kerja yg lain sedikit antara mereka. Jika di Australia, budaya kerja di pejabat, mereka akan membincangkan hal sukan serta keluarga atau percutian sebelum mula kerja.
Manakala di England, banyak kepada cuaca serta aktiviti hujung minggu.

Kita dapat lihat perbezaan ini mengikut ekologi penempatan tersebut yang akan merangsang topik perbincangan harian.

Kelayakan untuk bekerja di kedua dua negara ini memerlukan sijil tambahan yang di ambil di negara masing masing. contohnya, sijil memasang wayar tahap 1 serta sijil mengelola perisian komputer diperlukan bagi seseorang yang teknikal. selain ilmu tambahan, pengalaman bekerja itu adalah amat penting sekali terutama dengan penggunaan komputer kerana budaya kerja sekarang banyak memerlukan komputer, jika bekerja di pejabat.



Friday, September 16, 2016

Apa yang ada pada suhu bilik?

Suhu bilik yang selesa adalah antara 19C hingga 26C untuk kelembapan 30% -70%.
Tetapi mengikut kajian beberapa penyelidik di Malaysia, suhu bilik tanpa penghawa dingin yang selesa yang direkod adalah antara 27C - 35C,(Djamila, 2014). Tetapi Djamila (2014) menetapkan bahawa kelembapan yang sesuai untuk negara seperti Malaysia adalah antara 60% - 70% bagi bangunan komersial ini kerana kadar kelembapan yang tinggi di Malaysia adalah bersesuaian dengan kadar kelembapan ini. Suhu bilik yang neutral atau diterima oleh semua di rumah adalah 30.2C.

Kesan kelembapan dalam bilik berpaut terus kepada suhu melebihi 27C menurut standard antarabangsa Penghawa Dingin Amerika (ASHRAE, 2010) Lebih tinggi suhu , lebih tinggi kesan keselesaan kepada kelambapan bilik. Oleh itu, di Malaysia, kesesuaian mengawal kelambapan bilik adalah dengan :

1. Mengurangkan penggunaan karpet, kerana karpet akan menyerap air dalam udara lalu meningkatkan kelembapan bilik.

2. Elakkan meletakkan terlalu banyak tumbuhan berpasu didalam rumah. Ini membolehkan air siraman bertakung lama dan terserap ke udara secara tak langsung meningkatkan kelembapan suhu bilik. Lalu kita akan lebih memerlukan udara yang positif di dalam bilik dengan penggunaan kipas siling atau berdiri.

3. Elakkan menggunakan kipas yang ada air kerana ia akan meningkatkan kelembapan udara lalu kulit kita akan mudah rasa tidak selesa (melekit) dengan suhu yang sama.

4. Penggunaan 'deHumidifier' adalah juga sesuai di kawasan ruang  yang kecil seperti bilik tidur, bilik mainan dan bilik baju.

5. Elakkan dari menggantungkan baju/kain yang basah di dalam ruang bilik kerana ini juga meningkatkan udara lembap.

6. Buka tingkap untuk mengeluarkan kelembapan udara bilik.

7. Mengubah suhu luar ke udara sejuk ke dalam bilik dengan menggunakan teknik burnelli. Gunakan botol-botol plastik seperti yang dilakukan di india. (http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3635710/How-cool-apartment-free-Electricity-free-DIY-aircon-uses-old-plastic-bottles-used-used-25-000-Indian-homes.html)



Wednesday, May 28, 2014

Bagaimana ingin mengekalkan suhu bilik dan rumah anda serta mengurangkan kegunaan tenaga elektrik ?

Asalamualaikum, sekali lagi saya di sini bersyukur kepada ilahi kerana limpah inayahNYA saya masih berada di sini dengan sihat dan telahpun dikurniakan seorang anak lelaki. InsyaAllah, cerdik lagi bijak sana namanya dlm arabic word.

Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah mengumumkan kenaikan tariff elektrik yang berkuat kuasa pada tahun 2014. Ini disebabkan oleh kenaikan harga barang bakar mentah diseluruh dunia. Kerajaan Malaysia telah menandatangani memorendum teknologi hijau dan pengurangan pembebasan pembakaran gas karbon dioksida yang menjadi salah satu punca pencemaran dan kenaikan suhu di Malaysia. Dato Seri Najib Tun Razak telah menandatangani memorendum tersebut di Denmark pada 2010 yang dinamakan Copenhagen Memorendum. Oleh itu, kerajaan kini secara tak langsung telah memulakan inisiatif untuk pengurangan bahan bakar ini. Perkara ini telahpun dikuat kuasakan kepada sektor industri minyak lagi pada tahun 2011 apabila syarikat carigali minyak PETRONAS serta rakannya di Malaysia sudah mula menaik tarafkan effisyensi pembakaran gas bagi mengelakkan pembakaran yang tidak lengkap. Pelantar minyak secara khususnya perlu menjaga pembakaran bahan api tersebut. Selain itu pencemaran tumpahan minyak juga sudah lama dipantau oleh maritim dan pengeluar carigali minyak di Malaysia.

Bermulalah episod baru di sektor perumahan dan awam setelah Tenaga Nasional Berhad dan Kementerian Tenaga telah mengumumkan kenaikan tariff elektrik yang baru pada hujung tahun 2013 yang berkuatkuasa pada tahun 2014. KETTHA juga telah mula memberi insentif kepada orang awam atau syarikat sendirian berhad untuk memberi bantuan tenaga elektrik dengan pemasangan teknologi hijau seperti panel solar dan "mini Hydro" yang boleh "feed in to tariff". Oleh itu secara tak langsungnya, orang awam dapat menjana pendapatan dengan skim "feed in tariff" ini. Pulangan modal panel solar di Malaysia adalah di antara 5 hingga 7 tahun dengan harga panel solar semasa.

Berbalik pada tajuk asal topik ini, di Malaysia suhu dalam rumah boleh mencecah 30-45 darjah selsius jika tidak mempunyai ruang pengudaraan yang baik serta tekanan udara yang negatif. Ramai antara kita yang menggunakan "air-cond" serta kipas siling untuk menyejukkan suhu didalam rumah. Tetapi penggunaan "air-cond" akan menyebabkan perlepasan gas karbon dioksida serta penggunaan elektrik yang tinggi. tipsnya: gunakan kipas angin (jenis siling).

1. Udara Lembap

Ramai diantara kita di Malaysia tidak sedar bahawa kelembapan suhu adalah salah satu penyebab ketidak selesa penghuni rumah jika rumah bersuhu antara 30-45 darjah selsius. Kelembapan suhu hendaklah kurang daripada 71% iaitu antara 30-70% untuk memberikan keselesaan kepada penghuni. Kelembapan boleh dibantu dengan penggunaan "air-cond" tetapi untuk mengelakkan perlepasan pencemaran serta mengurangkan tenaga elektrik, lebih baik kita membuka tingkap serta memasang kipas siling. Kurangkan membasuh baju atau pinggan mangkuk pada siang hari untuk mengurangkan kelembapan suhu didalam rumah. Pasang kipas ekzos di dapur dan bilik air bagi membolehkan udara lembap keluar.

2. Tekanan Udara dan kelajuan angin

Selain itu tekanan udara juga boleh mengakibatkan angin di dalam rumah keluar pada malam hari dan masuk pada siang hari. Ada beberapa kawasan yang memerlukan kedapan udara yang baik serta ada yang memerlukan kedapan udara yang ringan untuk ruang pengudaraan. Angin didalam rumah juga membantu menyejukkan suhu penghuni. Dengan bantuan kipas siling, pengurangan suhu boleh turun diantara 5-7 darjah selsius dengan kelembapan 50% kebawah. Ada sesetengah kipas angin berdiri juga yang baik serta mampu menandingi kipas siling. Elakkan menggunakan kipas angin yang mengeluarkan air didalam rumah seperti yang ada di kedai makan. Ini juga mengakibatkan kenaikan tekanan dan kelembapan udara. Kipas tersebut hanya sesuai untuk diluar kawasan rumah sahaja.

Penggunaan sistem pengudaraan di atas siling juga adalah amat baik bagi menaikkan tekanan udara didalam rumah pada siang hari. Pemasangan laluan udara di atas siling bagi rumah lebih dari setingkat adalah di tingkat atas sekali.

3. Pemasangan batu kelikir atau dinding yang tidak rata

Batu kelikir dan dinding yang berbatu tidak rata ini adalah amat menarik jika dipandang dari sudut seninya. Tetapi elakkan memasangnya di barat dan selatan dinding rumah. Ini boleh mengakibatkan haba panas terperap didalam rumah setelah matahari terbenam lalu mengakibatkan suhu yang tinggi pada malamnya.

4. Susunan barangan elektrik

Barangan elektrik adalah antara punca haba yang dihasilkan didalam rumah. Oleh itu elakkan meletakkan barangan elektrik seperti pemanas air, TV dan lampu berdekatan dengan "air-cond" jika anda ingin menggunakan "air-cond". Ini akan mengakibatkan termostat suhu "air-cond" lebih panas serta kawalan automatik akan bertindak kuat kepada kompressor "air-cond" lalu menaikkan bil elektrik serta pengurangan efisnyensi "air-cond".

5. Insulasi

Jika atap atau ruang atas rumah anda belum mempunyai insulasi, dapatkan dengan segera. Ia dapat membantu mengurangkan kenaikkan suhu di dalam rumah. Pastikan cermin tingkap rumah di "tinted" dengan lapisan filem untuk mengurangkan radiasi UV sinaran matahari yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam rumah.

Pastikan laluan kabel ditutup rapi untuk mengelakkan udara panas masuk atau udara sejuk keluar rumah. Insulasi dinding juga adalah amat baik selain dapat memberikan kedapan bunyi yang lebih. Ini boleh dilakukan dengan penambahan satu lapisan bata atau kayu playwood sahaja.

Warna dinding rumah hendaklah cerah supaya dapat memantulkan cahaya dan haba dengan baik. Penggunaan kertas dinding secara sedikit dapat membantu mengurangkan kenaikan suhu di dalam rumah.

6. Lampu

Jika mampu, gunakan lampu LED atau halogen kerana haba yang dibebaskan adalah amat kurang berbanding lampu kalimantang serta lampu filamen. lampu ini juga menggunakan tenaga elektrik yang kurang tetapi dapat memberikan kecerahan cahaya (lux) yang tinggi.

7. Habit

Habit atau sifat semulajadi seseorang yang berjimat juga dapat membantu dalam menyesuaikan diri untuk berasa selesa jika ingin menggunakan "air-cond". Penggunaan setting suhu yang lebih tinggi iaitu 20 atau 21 darjah selsuis dapat membantu "life-time" serta penjimatan tenaga elektrik "air-cond". Penggunaan masa tutupan automatik juga adalah amat membantu dalam keselesaan serta tenaga elektrik anda.

8. Tumbuhan

Penanaman pokok juga dapat membantu menyejukkan lagi suhu didalam rumah, tetapi, ingat, hanya kawasan yang lembap sahaja sesuai dengan tumbuhan bagi mengelakkan ketidaksuburan pokok serta kenaikkan kelembapan yang boleh mengakibatkan ketidak selesaan penghuni. Contoh yang baik: tanam pokok di kawasan yang mempunyai ruang udara terbuka atau di dalam bilik air dan dapur yang terbuka tingkapnya serta mempunyai ekzos tekanan udara negatif .

9. Pemilihan bahan buatan lantai dan dinding

Lantai marmar adalah amat bagus untuk mengekalkan suhu rumah dengan lebih rendah berbanding bahan lantai yang lain. Bahan seramik juga ang mempunyai gred A mampu menandingi lantai marmar.



Tuesday, December 24, 2013

Lembaran Baru

Asalamualaikum.

Kini, saya baru sahaja menamatkan pengajian di dalam jurusan sarjana elektrik. Usaha pengajian kini diteruskan dengan bantuan MARA pada tahun depan pada bulan Januari 2014.

Bukan mudah untuk meninggalkan kerjaya yang sudah sekian lama sebati dengan kehidupan seharian kita. Keputusan berhenti kerja selama 1 tahun banyak mengajar erti kesederhanaan dan jimat cermat.

Kini, Alhamdulillah syukur cahaya mata pertama akan ku timang pada tahun hadapan dengan penuh makna dan syukur kepada ilahi.

Baru-baru ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan kadar tariff elektrik pada Januari 2014. Oleh itu, inilah masanya kita perlu lebih berjimat cermat dalam penggunaan elektrik. Jika ingin dibandingkan dengan kadar elektrik negara kita dan Singapura serta Thailand, negara kita masih lagi murah. Walau bagaimana pun pendapatan per kapita rakyat kita masih lagi didalam golongan 1,300 USD/sebulan. Oleh sebab itu, kuasa pembeli akan menjadi lebih kurang.

Tidak kurang hebatnya, kos pembinaan dan harga rumah juga sudah mulai naik mendadak sejak tahun lepas 2012. Kadar inflasi akan menjadi lebih tinggi.

Kos perubatan juga akan meningkat berikutan pengumuman pengenalan GST (Goods Service Tax) sebanyak 6% yang boleh dikenakan kepada pengguna oleh penjual atau pemilik bisnes.

Thursday, May 5, 2011

Rezeki dimana-mana

Salam,

Hari ini saya ingin berkongsi dgn anda bahawa rezeki berada dimana-mana sahaja. Cuma keinginan dan peluang yang digunakan untuk mencari rezeki itu adalah penting. Keredhaan Allah dlm setiap pekerjaan kita adalah penting dlm mencari rezeki. Jangan lupa, keredhaan Allah juga letaknya daripada keredhaan ibu-bapa kita. Jangan lupa, taat dan berbuat baik pada kedua ibu-bapa. Solat dan beribadah adalah wajib dan perlukan istiqamah untuk mendapat keredhaan.

Oleh itu kita hendaklah ingat bahawa segala pemberiaan dan rezeki yang kita perolehi ini adalah untuk mereka yang susah dan miskin. Bersedekahlah untuk lebih keberkatan dalam hidup.

Bisnes mana yang x inginkan keuntungan. Walaupun pelaburan tenaga, kita masih mendapat keuntungan dari segi rohani, pahala dan kesihatan. Apatah lagi dari segi kewangan. Oleh itu rezeki yang kita belum perolehi itu ada hikmahnya setelah lama berusaha.
Mungkin kita belum layak untuk menerimanya kerana Allah lebih tahu akan umatnya lebih dari umatnya tahu akan diri sendiri.

Mencari rezeki kewangan dalam bentuk perniagaan boleh dilakukan dimana2 sahaja. Penggunaan internet memudahkan kita mencari rezeki tanpa bergerak banyak. Bisnes secara konvensional adalah lebih untung jika kena pada tempatnye, misalnya penjualan barangan secara rawak dipasar mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mendapat jualan. Ini kerana kita lebih banyak memasarkan barangan jualan secara terus dengan pengguna dan pembekal.